Wednesday, June 29, 2011

Remaja Malaysia Menang Peraduan "Iridescent Artwork" Transformers 3 Peringkat Antarabangsa

Seorang pelajar Malaysia berumur 17 tahun mengharumkan nama Malaysia apabila terpilih sebagai pemenang utama dalam peraduan "Iridescent Artwork" iaitu peraduan mencipta logo siri filem Transformer. Wan Muhammad Hazzim Wan Muhammad Zulkifli, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Dol Said Melaka meyiapkan logo tersebut dalam masa 1/2 hari dan berjaya menewaskan peserta dari seluruh dunia menerusi pertandingan tersebut.

Filem Transformers arahan Michael Bay itu bakal menemui penonton hujung bulan nie sekaligus
meletakkan nama anak Malaysia sebagai salah seorang individu yang terlibat. Logo tersebut akan menjadi latarbelakang 'soundtrack' filem "Transformers 3: Dark Of The Moon" yang akan dinyanyikan oleh kumpulan Linkin Park sepanjang siri konsert jelajah Linkin Park di Moscow.

Tahniah la sebab dapat menang ye, memang rezeki dia la tue. Daripada banyak2 penyertaan seluruh dunia karya dia terpilih untuk jadi juara, bukan senang nak menang tue. Dengarnya dia tak tau lagi apa hadiah yang akan diberikan oleh pihak penganjur, tah2 dapat jadi kawan Sam Witwicky untuk filem akan datang, he3.





0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK