Wednesday, June 1, 2011

Pengedar Barbican tunjuk bukti halal




AHMAD menunjukkan sijil halal Barbican di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Pengedar minuman jenama Barbican, Suria Wholesaler Sdn. Bhd. menjadi syarikat kedua selepas Malaysia Iranian Corporation (MIC) Sdn. Bhd. tampil menegaskan bahawa produk edaran mereka bebas alkohol dan boleh diminum oleh pengguna beragama Islam tanpa rasa was-was.
Pengarah Suria Wholesaler Sdn. Bhd., Ahmad Al Yateem berkata, pihaknya mempunyai laporan kajian pengeluar minuman itu, Aujan Industries dari Dubai yang menyatakan ia bebas alkohol.
“Kami juga telah menghantar sampel minuman ini untuk ujian makmal di UPM (Universiti Putra Malaysia) minggu lepas dan keputusannya akan diketahui tidak lama lagi.
“Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membuktikan minuman ini tiada alkohol dan selamat diminum oleh umat Islam,’’ katanya ketika ditemui di pejabatnya di di sini semalam.
sumber : kosmo online



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK