Friday, June 10, 2011

Kenapa Blog Jual Muka Mendapat Sambutan Hangat?



Melihat dunia blogging, apa yang aku nampak sekarang adalah penuh dengan sandiwara duniawi. Lebih ramai mencari populariti berbanding mengejar amalan untuk bekalan di akhirat kelak dengan blogging.

Sejak aku menerjah ke dunia blogging yang luas ini, sememangnya aku didedahkan dengan pelbagai kebejatan akhlak manusia. Blog walking ke merata-rata blog, Allah telah mempamerkan kerosakan syakhsiyah dan akhlak manusia. Bukan aku sengaja nak melihat keburukan orang lain, tetapi ia menjadi lumrah akhir zaman, kemaksiatan berlaku di mana-mana, baik di alam nyata mahupun alam maya. Blog lucah, blog bajet hot, blog couple macam nak rak, blog jual muka, dan macam-macam jenis blog aku jumpa, semenjak aku mula menjengah ke dunia blogging pada lewat 2009.

Apa yang nak aku tekankan dalam entry kali ini adalah Blog Jual Muka (BJM) di Malaysia. Ia lebih dominan jika dibandingkan dengan blog lucah, blog bajet hot, dan blog couple macam nak rak. BJM dikatakan lebih dominan kerana jumlah followers dan komen mencapai angka yang sangat luar biasa.

Jumlah followers tak mainlah setakat ribu-ribu, tapi mencapai angka puluhan ribu. Komennya pula, setakat entry, "Aku pening. Mood aku tak baik ni..." pun boleh mencapai komen yang beratus-ratus, walhal isinya kosong dan langsung tidak ilmiah! Malah, karangan jenis autobiografi jauh lebih ilmiah daripada itu walaupun ia bertajuk, 'Aku Seluar Dalam Koyak'.

Cuba kalau blogger lelaki atau perempuan yang tidak jual muka yang tulis macam tu, rasa-rasanya aku boleh jamin, orang pun tak lalu nak komen. Bahkan mungkin kena maki, "Woi, kalau pening telanlah panadol sampai ko mampus. Menyemak je aku baca blog ko ni. Tak ilmiah langsung!".

Sebabnya, pemikiran ummat masa kini masih belum berubah. Masih terpedaya dengan jualan murah muka itu yang disolek dengan solekan tebal lagi pekat. Asalkan muka cantik sahaja, ramai yang terpedaya. Lihat saja, BJM di Malaysia ni, berapa puluh ribu followers mereka? Semuanya gara-gara tertipu dengan bisikan syaitan dan penipuan solekan tebal itu. Blog yang benar-benar ilmiah kurang mendapat sambutan kerana dakwah itu belum sebati dalam jiwa masyarakat kerana kehidupan masa kini diselubungi sekularisme yang jijik lagi kotor.

Kalau bertudung tu, buatlah cara seorang muslimah yang benar-benar ingin menjaga maruah, bukan berselindung di sebalik tudung untuk menjual muka di blog. Sudah bertudung, dipakainya pula bulu mata palsu, dan solekan yang berlebih-lebihan. Lepas tu, buatlah muka yang agak-agak cute lagi hot. Kembung pipi, mulut muncung, tayang lesung pipit... Ya, memang nampak comel. Tetapi LELAKI YANG TAK GAY macam aku ni pun rasa menyampah tengok seorang muslimah bertudung buat gaya-gaya bajet macam tu untuk meraih populariti duniawi. Dan sedarlah, Islam telah menetapkan larangan bertabarruj!

Apa yang aku nak nasihatkan diri aku dan rakan-rakan sekalian, jangan tertipu dengan kecantikan yang ditayang tu. Kecantikan pada seseorang perempuan bukan untuk ditayang dan dimegah-megah, apa lagi untuk dijual di blog untuk mencari publisiti. Tak takut untuk aku cakap, publisiti tersebut adalah publisiti murahan untuk meraih populariti.

BJM ni, tak perlulah aku bagi tau kepada pembaca-pembaca. Harap faham-faham sendiri. Semurah mana mereka jual muka mereka di BJM mereka, harap para pembaca tidak 'berurusniaga' dengan mereka. Sekian. Wallahu a'lam.

*****

Maksud hadis:
"Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.” [HR Ibnu Mas'ud]
 
 
 



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK