Wednesday, June 22, 2011

Jozan Akan Merangkul Gelaran Maharaja Lawak?

 

Minggu ini akan berlangsungnya siaran final Maharaja Lawak yang menyaksikan kumpulan Jozan, Jambu, Sepah & Nabil berentap di atas pentas demi merebut gelaran Maharaja Lawak. Dan selepas itu, mungkin ramai yang akan unsubscribe Astro Warna kerana didorong dengan kenaikan caj bulanan.
Berdasarkan persembahan minggu lepas, Jozan pukul habis dengan lawak sinis bersama Linda Onn dalam tugasan 2. Manakala, Sepah memperkuatkan lagi branding mereka dengan lawak Melayu asli, sarat dengan babak berunsur double meaning. Jambu, sudah dikenali dengan trademark ‘apa pun tak boleh’.
Nabil sebagai peserta solo mungkin tiada kelebihan berbanding peserta berkumpulan, jadi kami rasa Nabil masih perlu menyusun strategi & membawa isu yang menarik beserta punchline yang baik.
Berdasarkan kedudukan undian terkini, Jozan menduduki tempat pertama diikuti oleh Sepah, Nabil & Jambu. Debaran final Maharaja Lawak makin dirasa, dan menjadi tanggungjawab anda untuk menentukan siapakah yang layak menerima gelaran tersebut.

p/s: yang pastinya peminat Zizan ni mmg lah ramai yang akan mengundi untuk Jozan.



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK