Tuesday, June 7, 2011

Bola Sepak Tempatan~Malaysia Kalah Kepada Kemboja


Kemboja yang rata-rata dibarisi pemain dari skuad senior/utama berjaya menewaskan Olimpik Malaysia 1-0. Perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Olimpik P.Penh, Kemboja itu dicemari dengan layangan 3 kad kuning dan 1 kad merah.
Pemain Kemboja meraikan jaringan pada minit ke-9
Kemboja berjaya membolosi gawang gol Malaysia seawal minit ke-9 menerusi penyerang mereka. Malaysia bangkit pada separuh masa ke-2 dengan asakan bertali arus namun barisan serangan yang diketuai Izzaq Faris gagal menterjemahkannya kepada jaringan.
Keadaan bertambah teruk apabila hujan lebat yang turun pada separuh masa ke-2 menjadikan padang di stadium tersebut becak dan ditakungi air. Gerakan kedua-dua pasukan kelihatan sukar.
Malaysia gagal mencari gol penyamaan sehinggalah wisel penamat dibunyikan. Olimpik Kemboja 1, Olimpik Malaysia 0.



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK