Tuesday, June 7, 2011

Bola Sepak Antarabangsa~Nasri bakal sertai Manchester United

pix_gal0

LONDON: Bintang Arsenal, Samir Nasri sudah membuka pintu untuk berpindah dari Arsenal dan menyertai musuh tradisi mereka, Manchester United.

Pemain tengah itu mahu mendapat satu kepastian sama ada dia berada dalam senarai juara liga Inggeris yang baru itu sebelum musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) bermula.
“Saya belum pasti sama ada akan menandatangani kontrak baru dengan Arsenal,” kata pemain kebangsaan Perancis itu.

“Perbincangan sedang berjalan dan kami akan membincangkan hal ini minggu ini. Apakah saya akan ke Manchester?”

Nasri, 23, kini dalam tahun terakhir kontrak bersama The Gunners.

Namun, pengurus Arsenal, Arsene Wenger menegaskan perkembangan ini tidak benar.
“Apa yang pasti kami tidak akan menjual Nasri kepada Manchester United.” - Agensi



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK