Tuesday, June 7, 2011

Bola Sepak Antarabangsa (BPL)~Walcott khuatir Nasri tinggalkan Arsenal


Theo Walcott Jersi no.14 (dalam gambar) menekankan kepentingan Samir Nasri Jersi no.8 (dalam gambar) di Arsenal selepas pemain kebangsaan Perancis itu dikatakan bakal meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Kontrak Nasri akan tamat pada hujung musim tahun depan dan tawaran kontrak baru dilaporkan ditolak kerana beliau kecewa dengan bayaran gaji yang diberikan Arsenal.

Keadaan ini memberi ketakutan kepada penyokong Arsenal selepas Nasri dikaitkan akan berpindah ke Manchester United. Pemergian Nasri bukan sahaja meralatkan penyokong malah ianya mampu mempengaruhi pemain lain untuk turut berhijrah.

"Saya tidak mahu masuk campur karier pemain lain," kata Nasri. "Kami perlu kekalkan pemain terbaik kami tetapi ianya terpulang kepada Nasri, itu keputusannya. Beliau memiliki musim yang hebat, beliau memnbuktikan apa yang boleh beliau lakukan. Beliau merupakan pemain yang penting di Arsenal dan kita akan lihat apa yang berlaku pada musim panas ini."

Selain itu, Walcott berpihak kepada Arsene Wenger yang mengesahkan perpindahan musim panas kali ini lebih hebat buat Arsenal untuk menguatkan lagi skuad terutamanya pada bahagian pertahanan.



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK