Wednesday, June 15, 2011

Anonymous Ugut Penggodam Yang Menyamar



Selepas mendapat nama buruk kebelakangan ini kerana pertelingkahan  dengan kerajaan Sepanyol dan Turki, kumpulan hacktivist atau penggodam Anonymous kini terpaksa berdepan dengan kumpulan yang menyamar di India.
Kumpulan itu menafikan serangan-serangan daripada kumpulan hacktivist  yang menggelarkan kumpulan mereka “Anonymous India” dalam beberapa laman-laman web India.
“Sasaran-sasaran Anonymous ialah ahli-ahli politik rasuah dan ahli-ahli birokrat dan sistem yang perlu diubah untuk masa depan yang lebih baik.
Serangan ke atas tentera India dikutuk oleh Anonymous. Kami ingin menyatakan yang semua serangan-serangan yang dilakukan adalah hanya oleh peniru. Serangan terbaru ke atas Jabatan Pendaftar India juga tidak dijalankan oleh Anonymous,” kata Anonymous.
Anonymous berkata demikian dalam satu kenyataan yang diposkan pada Pastebin (http://pastebin.com/vitfgMD7).
Kenyataan berkenaan ditujukan kepada ‘penyamar-penyamar’ yang dikatakan mengambil kesempatan tidak wajar ke atas situasi dan nama Anonymous.
Kumpulan itu menamakan beberapa ahli-ahli kumpulan yang didakwa penyamar, dimana ia dikenalpasti sebagai ICA (Indishell).
“Anda mensasarkan organisasi-organisasi dan harta-harta kerajaan India yang lain untuk menyelesaikan isu-isu anda sendiri dan anda telah menggunakan nama Anonymous untuk kepentingan diri sendiri.
Dengan melakukan semua aktiviti-aktiviti ini, anda bukan sahaja telah menghalang imej Anonymous tetapi anda juga bertanggungjawab untuk semua kerosakan yang disebabkan oleh #OpIndia,” Anonymous memberitahu kumpulan itu.
“Anonymous ingin menjelaskan bahawa tidak ada kumpulan atau orang-orang persendirian yang mewakili kumpulan-kumpulan itu milik Anonymous mahupun Anonymous menyokong mana-mana aktiviti-aktiviti anda,” ia menambah.
Sejak beberapa minggu lepas, beberapa anggota Anonymous ditangkap di Sepanyol dan Turki kerana dikatakan menyerang laman-laman web kerajaan Sepanyol dan Turki.
Anonymous berikrar akan membalas dendam ke atas kedua-dua kerajaan ekoran penangkapan tersebut.



Sumber: http://www.gmanews.tv/story/223486/technology/anonymous-threatens-impostor-hacker-group-in-india



1 comments:

Unknown said...

tiba2.. Anonymous ni jadi isu hangat kat berita2 dan blog.. ni thread sebab Malaysia tutup certain website kan.. tapi semua cerita muncul.. sampai india, spain ngan turki...

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK