Wednesday, June 15, 2011

Anggota Anonymous Ditangkap Di Turki


  
Selepas menangkap 32 orang yang dipercayai anggota kumpulan ‘hacktivist’ atau penggodam Internet,  Anonymous, kerajaan Turki  membebaskan sembilan penggodam yang  didakwa  bawah umur, lapor agensi akhbar negara berkenaan semalam.
Penangkapan  besar-besaran itu dilakukan pada hari Ahad, selepas Anonymous berjaya menjatuhkan beberapa laman web kerajaan Turki.
Kumpulan itu memantau laman-laman web  dalam protes terhadap sistem baru Turki yang didakwa  menapis Internet  mulai Ogos, demikian menurut kumpulan berkenaan dalam satu blog.
“Internet merupakan pentas untuk kebebasan.  Tempat di mana sesiapa dan semua orang boleh bersama membincangkan pelbagai topik tanpa rasa takut kepada  campur tangan kerajaan,” Anonymous berkata dalam posnya.
“Kami, Anonymous, tidak akan tengok sahaja dan membenarkan perkara ini.
“Kami akan berjuang dengan rakyat Turki menentang penapisan oleh kerajaan mereka.”
Penangkapan itu berlaku selepas tiga ahli Anonymous ditangkap di Sepanyol pada hari Jumaat.

sumber: http://latimesblogs.latimes.com/technology/2011/06/anonymous-members-released-after-32-arrested-by-turkey-.html



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK