Friday, June 10, 2011

Alatan Dapur Yang Ada Stail

Hah.. rasa-rasa yang ni memang sesuai untuk orang yang dah berumahtangga atau anak dara yang baru lepas amik kursus kawin, biasa la, cuti sekolah, cuti sem nih memang ramai orang buat kenduri kawin, tu tak kira yang kawin untuk jadikan bini nombor empat plak tu...kehkehkeh..jom belek-belek kat bawah nih..

Pisau Pemotong Tembikai


Boleh potong sambil buang bijik siap-siap...bentok biasa-biasa saja..bolehla..

Avocado Cuber
Yang ni plak nak senang potong bagi jadik bentuk cube, aku pon tak brapa nak tau nama dia, Avocado cuber lah agaknya.Harap jer amek kos kulinari aku nih..huhu

Pemerah Limau


Ni baru alat yang betol nak perah limau, masuk dalam bekas nih, then just picit ja ikot suka hati korang nak picit atau perah lagu macam mana pon, janji air dia keluar.. huhu...

Penyagat Cheese

Yang suka buat kek, buat pizza ker kn boleh pakai sagat macam jet kertas yang dulu-dulu masa sekolah rendak dok main baling-baling dari tingkat tiga bangunan sekolah sampai tersangkut kat tudung cikgu. wawawawa...

Bekas Simpan Air Susu


Nampak stail sebab ada kepala lembu jer dan takpayah nak tulis kat situ perkataan "Milk". huhu (betul jugak kn)

Penyagat Jagung


Yang ni aku dah ade...cuma lain sket kott.. aku punya pelbagai guna, bukan setakat jagung jer..haha. Biasalah orang kitchen2 mesti ada benda alah camni...

Klip Penutup Air Kotak

Bagi yang rajin minum air kotak Dutch Lady yang rajin minum tak abis dan rasa takot menatang masuk dalam tu boleh dah g cari klip ni, sangat memudahkan.

Pemegang Telinga Periuk Belanga


Ni adalah salah satu yang takyah nak pakai kain buruk bila nak angkat,kapit jer kat telinga dia boleh dah angkat dan ubah nak letak kat memana pon. (ok gak nie..boleh aku beli nti)

Pembuka Botol


Pembuka botol ni aku memang nak ketengah kan kat semua orang , sebab kadang-kadang nak buka tudung kat rumah tu memang payah nak bukak kan...



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK