Airbus baru sahaja  mengumumkan konsep baru kapal terbang masa hadapan mereka yang mempunyai  dinding membran lutsinar berteknologi tinggi, membolehkan penumpang  menikmati pemandangan langit pada waktu malam. Dinding membran yang  menggunakan sistem hologram itu akan berubah mengikut keadaan cahaya  persekitaran. Selain daripada itu, pengenalan kabin mengikut kelas tidak  lagi wujud sebaliknya akan diganti dengan kabin untuk bekerja, berehat  dan bar/kafe untuk bersosial.
Aku rasa apa yang perlu  untuk kapal terbang pada masa hadapan adalah saiz kapal terbang yang  lebih besar. Dengan keupayaan teknologi baru pada masa hadapan,  diharapkan kos untuk membina kapal terbang yang besar dan jumlah bahan  bakar yang digunakan akan dapat dikurangkan, seterusnya memberi lebih  keselesaan kepada penumpang pada harga yang berpatutan.

Gambaran artis untuk rekabentuk pesawat tersebut

Pemandangan dari dalam kabin

Memang romantik la macam ni..

Kabin berteknologi tinggi juga membolehkan penumpang bermain golf secara virtual dalam pesawat

0 comments:
Post a Comment