Tuesday, May 31, 2011

Pelajar Pakat Satu Kelas Untuk Hamil Bersama

Gila! Entah apa yang ada di fikiran para remaja  yang belum genap 17 tahun ini. Mereka yang masih berstatus pelajar di Gloucester High School di  Massachusetts, Amerika Syarikat, bersepakat untuk hamil secara bersamaan.

Kelakuan mereka ini tentu saja membuat pihak berkuasa,guru-guru, dan  orangtua pening kepala. Mereka tak mengerti apa sebenarnya yang ada dalam fikiran para pelajar ini.

Peristiwa yang menggegarkan ini, berlaku ketika cuti musim panas  Ketika mula belajar kembali di sekolah, ternyata  17 pelajari hamil secara bersamaan. Uniknya mereka tak hanya satu sekolah, tetapi juga satu kelas. Di sekolah tersebut, memang setiap habis cuti selalu diadakan ujian kehamilan.

Namun, sampai saat ini siapa saja ayah kepada bayi belum diketahui. Pasalnya bila umur lelaki yang menghamili pelajar tersebut telah lebih dari 20 tahun, boleh kena hukuman penjara kerana berhubungan seks dengan anak di bawah umur.

Berdasarkan selidikan pihak sekolah  ternyata para pelajar yang hamil telah sepakat untuk hamil bersamaan, bukan hanya ke-17 pelajar itu saja tetapi semuanya dan hanya 17  yang sah hamil. Yang lebih teruk pelajar di kelas itu yang tidak hamil mengaku merasa kecewa kerana gagal hamil.



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK