Monday, May 30, 2011

KERETA~Myvi 2011


Myvi baru 2011

myvi baru 2011

sudah terang lagi bersuluh… nampaknya.. Misteri Perodua Myvi baru sudah terbongkar!! baggi saya Myvi baru ini kelihatan cantik di bahagian hadapan.dan kelihatan seperti besar sedikit.. saya juga puji Perodua kerana berjaya mengubah model Jepun jauh lebih cantik dan menarik dari model asal… tetapi kenapa kelihatannya berbeza dengan apa yang di tunjukkan di KLIMS 2010 ketika itu?? bahagian depan lain dari model sebenar?? mungkin di KLIMS 2010 adalah versi SE??

Perodua Myvi 2011
Perodua Myvi 2011

Perbandingan dengan Toyota PASSO





Terhangat dipasaran!!! Inilah bakal Myvi 2011 yang akan dilancarkan tak lama lagi & berkemungkinan menggunakan enjin 1.5 dari Perodua Alza.

Spyshot...

Seperti yang dicanang-canangkan di laman-laman blog automotif, model terkini dari Perodua ini telahpun mendapat perhatian akhir-akhir ini memandangkan sebaran foto-foto ‘rahsia’nya.
Model Myvi berwarna kuning ini, dikhabarkan adalah model edisi ekstrim yang dijana dengan enjin berkapasiti 1.5liter. Rekabentuknya seakan sama, dengan acuan bernama X-Style berwarna kuning yang pernah ditayangkan di KLIMS pada Disember tahun lalu.
Menurut sumber lain, model ini dibangunkan dengan 2 jenis kapasiti enjin iaitu 1.3 liter dan 1.5 liter. Terdapat 5 variant yang bakal diperkenalkan bermula Mei 2011, iaitu:
  • Myvi Standard (1.3l)
  • Myvi Premium (1.3l)
  • Myvi Elegance (1.3l)
  • Myvi SE (1.5l)
  • Myvi Extreme (1.5l)
Antara lainnya, Perodua turut membuat perubahan kosmetik samada luaran mahupun dalaman. Yang dapat saya kongsikan di sini adalah, dashboard, paparan meter dan centre cluster-nya, seperti yang terpapar pada foto-foto di bawah.

Kredit untuk funtastickodesign & arena kereta.



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK