Kapal kargo Spirit of Rachel Corrie yang membawa bantuan ke Palestin diserang rejim zionis.
Kapal terbabit ditembak ketika melakukan pelayaran solo membawa sistem saluran paip bagi tujuan pembinaan semula saluran kumbahan di Semenanjung Gaza yang musnah dibedil tentera zionis, tiga tahun lalu.
Dalam kenyataannya, Perdana Global Peace Foundation, PGPF berkata, insiden berlaku 6:54 pagi waktu Jordan.
Kapal terbabit dipaksa beralih ke kawasan perairan Mesir yang jaraknya satu setengah batu nautika dari perairan Palestin.
Bantuan kemanusiaan ini membabitkan tujuh rakyat Malaysia dan lima lagi warga asing.
Paranoid betul israel dengan kapal bantuan ke palestine neh ye. Bukan guna duit dia ataupun laluan dia tapi sibuk nak tembak orang pula. Harap2 kerajaan malaysia boleh batalkan perjanjian kerjasama dengan APCO yang juga milik israel. Kita sebagai negara islam tidak perlu berbaik2 dengan israel yang langsung tidak mahu berbaik2 dengan kita. Buat apa nak bagi dia duit rm77juta setahun sedangkan dalam masa yang sama mereka mengambil nyawa orang islam macam petik daun pokok.
Kerajaan patut pertimbangkan cadangan neh. Jangan jadi dayus macam arab saudi pula.
0 comments:
Post a Comment