Saturday, May 28, 2011

Edit Gambar Dengan Picknick

Picnik.com adalah laman photo editing yang memberi banyak kemudahan kepada anda untuk membuat suntingan terhadap gambar sebelum memaparkannya pada blog atau upload di Laman Sosial. Editing tools yang disediakan juga adalah sangat menarik dan mudah untuk digunakan. Satu kelebihan yang ada pada laman web ini, anda tidak perlu untuk mendaftar seperti kebanyakkan site yang lain.

Pelbagai effect disediakan oleh Picnik.com seperti khas seperti Go Pink (menjadikan gambar berwarna anda menjadi merah jambu) dan Focal B&W (memberikan fokus warna pada bahagian yang anda kehendaki, sementara bahagian lainnya pula berwarna hitam dan putih). Pilih Orton-Ish untuk memberikan sentuhan kecantikan kepada gambar anda dan Posterize untuk menjadikan gambar anda seolah-olah dilukis dengan cat air.

Anda juga boleh membuat suntingan gambar supaya menjadi lebih jelas, memotong bahagian gambar yang tidak dikehendaki atau mengecil dan membesarkan gambar. Setelah selesai anda bolehlah save ke hard drive anda.


Sebelum di edit....


Selepas di edit menggunakan Picknick.



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK