Tuesday, May 31, 2011

Benarkah~Wanita Cantik Selalu Curang?



...tajuk atas sana adalah mengenai Wanita dan Curang. Bagi aku, definisi wanita adalah satu spesis yang sukar difahami oleh kaum lelaki tetapi amat mudah untuk dicintai. Curang pula berkait rapat dengan menghianati hubungan cinta yang telah termetrai, dengan kata lain menduakan lelaki pilihanya dengan sesuatu. Jika digabungi Wanita dan Curang, jadilah spesis yang sukar difahami menghianati cinta yang telah dimetrai dengan kaum lelaki. Tetapi untuk lebih tepat lagi, wanita yang curang selalunya dikaitkan dengan yang mempunyai rupa paras, bentuk badan yang cantik dan kulit yang menawan. Aku tidak setuju jika dikatakan wanita cantik sahaja selalu curang, tetapi wanita mempunyai kemungkinan yang besar untuk curang berbanding lelaki, itu aku setuju.


Kenapa wanita memilih untuk curang?

Curang tidak berlaku dalam masa sehari atau seminggu perkenalan. Contohnya, untuk curang berlaku, mula-mulanya berlakunya perselisihan faham antara kedua pihak. Sehubungan dengan itu, jika tiada komunikasi yang berkesan, yakni tiada pihak yang nak mengalah atau mengaku kesalahan, jadi perhubungan akan bertambah renggang.
Selalunya bagi wanita, mereka akan mencari seseorang untuk meluahkan perasaan dia, sama ada lelaki atau perempuan. Kenapa wanita memilih untuk curang:
1.) Keputusan sendiri untuk membuat teman lelaki dia cemburu.

2.) Terpengaruh dengan persekitaran, contoh: filem-filem korea, mencontohi kisah cerita cinta kawan sendiri.

3.) Cara terbaik untuk menyelamatkan masa depan sendiri.

4.) Dah ada calon pengganti bagi bekas teman lelaki dia.

5.) Keluarga dah ada calon yang sesuai walaupun tahu anaknya punyai pilihan sendiri, dan terpaksa turuti.
Hubungan tanpa berkat oleh kedua orang tua memang susah untuk berkekalan. Mengapa aku cakapkan yang wanita lebih cenderung untuk curang? Bagi wanita yang bekerjaya, mereka akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya untuk mencapai kejayaan yang membanggakan, sedangkan dirinya telah mempunyai pasangan kekasih. Bagi lelaki yang telah cukup umur dan berkemampuan, mereka tak akan mengambil masa yang lama untuk bersedia menjadikan teman wanitanya sebagai isteri, tetapi wanita sering memberi alasan yang nak beri tumpuan kepada kerja, keluarga, itu ini dan sebagainya. Jadi, kesian lelaki tadi yang mengajak wanita tadi untuk mendirikan rumah tangga, jadi menurut definisi curang aku tadi, wanita tadi telah menduakan hatinya, dia memilih untuk meneruskan kerjayanya daripada berkahwin dengan lelaki pilihanya, jadi wanita lebih cenderung untuk curang berbanding lelaki.

Mungkin definisi ''curang'' aku berlainan dengan korang semua, tetapi percayalah, perpisahan selalu berlaku bila hati sebelah pihak kekasih tidak lagi kuat untuk mencintai sebelah pihak yang lain.

Keratan akhbar kat atas tu kisah wanita dekat Los Angeles, memang tak boleh la kalau aku nak samakan wanita negara kita dengan wanita dekat sana, sebab budaya dan adat kita sangat jauh berbeza, tapi bagi kamu wanita yang telah ada teman lelaki atau calon yang sesuai, janganlah bagi alasan untuk bekerja atau mencapai kejayaan baru nak kahwin, sebab kejayaan yang terbesar adalah mendirikan keluarga yang bahagia dan diredha keluarga dan agama, sekian..

 Gambar sekadar hiasan sahaja



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK