Thursday, April 21, 2011



http://ubmalaysia.blogspot.com/2011/04/assignment-2-ubm-sunnah-nabi-di-dalam.html

KHASIAT AIR LIUR BASI. JGN DIBUANG BEGITU SAHAJA.

ENAK DIMINUM BEGITU SAHAJA? TAK LAH ADA RASA.

CUMA BERKHASIAT YOU. AWET MUDA LAGI SELAIN UNTUK KESIHATAN~!

Biarrrr betul….

Iya laaah. aPiP cakap betul lah ni…

Tapi bukan la untuk orang lain. Tapi Untuk diri sendiri la kan..

Ehee..

Kotor? Jijik? Haluuu haluuu… Kita tak masuk benda kotor dalam mulut.. Tp air liur tu kan dah memang ada dalam mulut..

Kotor ke? hehehe .

Anyway tepuk dada, tanya la air liur korang sendiri ye.

Ni cara amalannya :-

Hanya berkesan jika seseorang itu bangun dari tidur dengan terus meminum air putih biasa

tanpa perlu mencuci muka, berkumur-kumur atau membersihkan badan.

Air liur basi ini minum bersama air biasa ketika bangun awal pagi.

Khasiatnya :-

1) Air liur basi berkhasiat menyimpan khasiat khusus bagi mencerna sistem

dalam tubuh manusia.

2) Air liur basi ini adalah penawar semula jadi paling mujarab dalam membentuk kesihatan seseorang insan.

3) Air liur basi ini juga untuk awet muda.. ni best. hehehee

Yang lagi BEST :-

1) Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalan Rasulullah S.A.W dalam kehidupan

harian baginda.

~ NabiMuhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa terlebih dahulu

sebelum baginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setiap pagi.

~ Sunnah Nabi SAW kan elok dicontohi & sungguh bermanfaat.

2) Disebut daam Al-Quran serta hadis-hadis Nabi. (cuba google tapi tak berjaya lagi).

~ Fungsi sumber semula jadi pada diri seseorang termasuk air liur basi turut disebut

dalam al-Quran serta hadis-hadis Nabi.

3) Telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden.

So apa lagi .. jom la cuba.

Sebelum terlambat tu kan.. jom awet muda.. best! best!.. Treatment Free je.


sunnah ke-2 yang aPiP tahu...

CARA MAKAN RASULULLAH...

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.

Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?

Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim).

Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.

Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.



OK...sebelum aPiP mengakhiri sunnah Rasulullah s.a.w yg ke-3 ini dan yang last untuk entri kali ini aPiP pon da mengantuk sebenarnya esok ada kuliah... marilah kita sama faham kan sunnah amalan rasulullah sebelum tidur...


Antara sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W sebelum, ketika dan selepas tidur:

1. Membaca doa sebelum dan selepas tidur. Ramai orang memperlekehkan doa masnun (doa harian) tetapi Allah menjanjikan syurga kepada orang yang mengamalkannya.

2. Jangan tidur dalam keadaan kaki menghadap ke Qiblat. Keadaan yang demikian hanyalah untuk orang yang meninggal dunia.

3. Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati pada ketika dia tidur maka ia dikira sebagai mati syahid. Apa itu tasbih Fatimah?

Subahanallah 33 kali
Alhamdulillah 33 kali
Allahuakbar 33 kali

4. Membaca 4 Qul lalau meniupkan pada tapak tangan dan menyapukan ke seluruh badan untu menghindarkan sihir dan perbuatan jahat manusia

5. Niat untuk bangun menunaikan solat Tahajut. Sekiranya tidak terjaga dari tidur, Allah S.W.T akan mengira seolah-olah dia bertahajut sepanjang malam. Solat tahajut adalah pendinding daripada sihir dan buatan orang

6. Mengambil wuduk sebelum tidur dan menunaikan solat sunat taubat

7. Maafkan semua kesalahan orang lain kepada kita dan menghalalkan segala hutang piutang orang lain kepada kita

8. Tidur dengan mengamalkan posisi tidur Rasulullah iaitu mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Peringatan:

Pesan Rasulullah, jangan tidur secara meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak timbul fitnah. Tidur tanpa menutup aurat dengan sempurna akan menghindarkan malaikat, bahkan mengundang makhluk lain.




0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK