Sunday, January 9, 2011

Pengalamanku Memancing

Once upon time lalu, aku pergi memancing dengan rakan2 sekolejj..kami segerombolan bersepakat sebulat suara(suara pun bleh bulat ka..) pergi memancin di PD bkn Port Dickson tapi Pantai Dalam
(dalam tuhh..).Kawan ni bknlah kaki pancing sebonarnya,tapi atas diatas tekanan hebat oleh Rakan2 seperjuangan, aku terpaksa mengikut saja citarasa Asia diorang. Dan ini akan menjadi satu pengalaman yang x boleh dilupakan oleh aku walaupun terkena penyakit Alzheimer(penyakit pelupa)..

Pada hari jumaat bersamaan 26 Dec tahun Unta , dan belum terlambat untuk mengucapkan Tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia di atas kejayaan memenangi Piala suzuki AFF..Eh apa aku melalut..Sorry2..Excited plak tadi, Ok sambung balik cite tadi.. Sebaik sampai di PD tanpa membuang masa(sambil membuang jam kononnya nk membuang masa bodo gak mmbe2 aku ni.) kami terus menyiap peralatan Abu Garciaku(bleh didapati di kedai2 apek yang dan berhampiran) dan terus memancing.

Setelah beberapa jam memancing, umpan membe yg bernama ucop sentral mengena.Setelah berhempas pulas sambil menari ucop berjaya menaikkan ikan Todak..Kami amat terharu kerna mlm ini bleh masak ikan todak masak sambal petai. Then my other member known as Rajagopal a.k.a RAJAGEMPAL due to his chubbyness(la bleh speaking rupanya aku ni)..Raja manage to caught 300 pound dolphin and he going crazy with its catch..

Dah aku malas nk speaking sebab aku sorang je belum dapat2 ikan lagi..bikin panas je ikan2 ni mana dorg pergi xkn holiday kot.. Membe da bakar2 aku dr tadi lagi la panas aku.. Akhirnya dengan berkat kesabaran dan doa Atuk nenek umpan mata kail aku mengena. Aku berusaha lembut utk menaikkan ikan tersebut dan akhirnya aku berjaya jugak..Nak tau ikan apa den dpt
JENG JENG JENG..

Rupanya aku dapat IKAN KERING, hampeh betul aku.. Yang aku x tahan siap dlm bungkusan lg tertera Perusahaan Kak Limah 61700 Dungun Terrenganu.. Spesies ikan cmni pun ada kat laut ke.. Member aku tergelak2 ketawakn aku sambil bertepuk kaki dan hampir terkena buasir.. Aku x putus asa.. Aku memancing lagi sambil menyayi lagu Old Mcdonald had Farm dgn harapan nasib aku berubah kali ini.. Dan penantian aku tidak sia2 umpan aku sekali lg mengena, tetapi ikan kali ini agk agresif sikit sehingga memerlukan pertolongan dari rakan2ku.. Akhirnya dgn tulang 4 kerat kami ini berjaya menangkap ikan tersebut..

Aku igt dpt ikan merah ke , bawal ke, rupanya IKAN SARDIN CAP AYAM.. Sapalah xde sivik buang benda ni kt laut.. Aku berasa sungguh kecewa apatah lagi membe2 aku gelak kt aku smpi ada yg bisu dan jadi gila pun ada gak.. Aku pun mengambil keputusan untuk pulang sahaja dgn rasa hampa.. Inilah experience x dpt dilupakan.. hahahaaha



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK